Monday, May 7, 2018

Kejayaan hati ini

Hai semua...

Semalam 6 Mei 2018 genap 4 tahun Deena di Australian National University - Canberra, melanjutkan pengajian PhD dalam bidang Biology, pengkhususan dalam Cellular Microbiology, Geobiological Engineering dan Industrial Biochemistry. Dan hari ini 7 Mei 2018 Deena telah berjaya viva dan secara rasminya Deena kini bergelar seorang Doktor Falsafah.

Satu rahsia Deena yg tidak diketahui sesiapa kecuali ibubapa Deena dan beberapa rakan-rakan Deena... Sepanjang 4 tahun ini Deena juga mengambil kursus bidang Sarjana iaitu Master of Islam in the Modern World.. dan 2 minggu lepas Deena berjaya menamatkan semua kelas dengan pointer 3.97 (A- dalam Ekonomi Zakat II.. lain2 semua A dan A+)

Petang ini Deena akan pulang ke tanah air untuk mengundi, menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga di Melaka. Deena akan memulakan kerjaya sebagai Pensyarah Kanan di sebuah universiti islam terkemuka di Malaysia... Deena dilantik sebagai Faculty Lead dalam Manhaj Biokimia dan Sains Bumi.

Sungguh indah perasaan ini. Especially mengenangkan kepayahan Deena ketika belajar di Sabah dan Sarawak, hampir terjerumus ke lembah hina...

Tetapi Deena bangkit dan berjaya. Syukur.

No comments:

Featured Post